Profil Sekolah LM


Sekolah ini berada kira-kira satu kilometer dari pekan Parit Buntar. SMK Pekan Baru ini cuma satu sesi persekolahan iaitu waktu pagi memandangkan bilangan pelajar tidak begitu ramai.
Keseluruhan bilangan pelajar di SMK Pekan Baru cuma 636 orang dan 41 orang guru termasuk staf pejabat. Majoriti pelajar bagi SMK Pekan Baru ini terdiri daripada kaum Melayu iaitu sebanyak 80 peratus diikuti oleh kaum India sebanyak 13 peratus, kaum Cina 5 peratus dan lain-lain kaum iaitu sebanyak 2 peratus. Saya telah diberi tugas untuk mengajar di dua buah kelas tingkatan empat iaitu kelas empat Bestari dan juga kelas empat Cekal. Bilangan pelajar kelas empat Bestari ialah sebanyak 23 orang manakala kelas empat Cekal pula sebanyak 18 orang.
Saya selaku guru bahasa Melayu mengajar pelajar di kelas empat Bestari dan empat Cekal ini mata pelajaran bahasa Melayu kertas satu dan juga kertas dua. Kertas satu merangkumi karangan bahan rangsangan (bahagian A) dan juga karangan respons terbuka (bahagian). Kertas dua pula merangkumi rumusan dan tatabahasa. 

No comments:

Post a Comment